Sajat minta maaf, dedah menghidap penyakit kanser


 Sajat sebak berkongsi mengenai penyakit kanser yang dialami, mohon maaf kepada pengikutnya. - Foto TikTok Sajat


KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Malaysia yang melarikan diri ke Sydney, Australia, Nur Sajat mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser.

Bagaimanapun, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci mengenai penyakit yang dihidapinya.

Sajat berkongsi mengenainya menerusi sesi siaran langsung yang disunting di aplikasi TikTok.

Dia juga memohon maaf kepada pengikutnya dan turut meminta mendoakannya terus sihat. 

"Sajat sebenarnya sakit kanser. Tunggu mati sahaja. Kalau saya tak sempat minta maaf, saya minta maaflah. Sedih sangat. 

"Kalau saya pernah mengata, maki atau sebagainya, saya minta maaflah. Kalau terhutang, minta maaflah ya


"Doakanlah Sajat, nanti saya sakit tak buat 'live' tiada siapa nak menghiburkan. Doakan Sajat, saya nak sihat. 

"Nak kata saya katalah, tapi doakanlah saya sihat," katanya yang juga tidak dapat menahan sebak menerusi sesi 'live' berkenaan.

Menjengah ruangan komen, orang ramai turut memohon maaf kepada Sajat dan mendoakan kesembuhan dirinya.

Menerusi sesi berbeza, Sajat berkata, dia tidak pernah mengganggu atau menyusahkan orang lain meskipun menghidap penyakit kanser.

Sajat harap netizen tidak bersedih kerana dia tetap akan terus menghiburkan pengikutnya biarpun berdepan dengan kesakitan.

"Walaupun sakit kanser, saya tak pernah kacau orang. Saya tak pernah kacau rakan-rakan saya.

"Kamu tak perlu rasa sedih, cukup-cukuplah. Selagi saya boleh berhibur, saya berseronok. Kalau tiba-tiba sudah senyap, maknanya saya sudah tiada," katanya.

Suntingan sesi siaran langsung itu banyak dikongsi di aplikasi TikTok dan orang ramai turut meluahkan perasaan simpati terhadapnya.

TONTON VIDEO DISINI: https://vt.tiktok.com/ZSFJjCANf/


KREDIT SUMBER: https://www.bharian.com.my/amp/hiburan/selebriti/2024/01/1204281/sajat-minta-maaf-dedah-menghidap-penyakit-kanser

Comments

Popular posts from this blog

JPJ PANTAU KERETA BERCERMIN GELAP

Kemah VVIP-