“Nak Minta Tolong Saya Malu” – Lan Pet Pet Terduduk Ketika Rumah Kena Lelong
POSTED BY: SYAH JANUARY 30, 2024 BERGELAR artis bukan seindah disangka kebanyakan orang kerana anak seni juga manusia biasa yang berdepan naik turun dalam kehidupan. Tidak pernah mencanang kehidupan ketika berada di fasa terendah, pelawak Lan Pet Pet terduduk apabila rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor dilelong selepas gagal melunaskan bayaran bulanan kepada pihak bank pada 2020. Kata Lan atau Mazlan Ahmad, kejadian itu tidak boleh dilupakan apatah lagi rumah tersebut mempunyai banyak kenangan bersama keluarga namun reda dengan ujian tersebut. Lan kuat kerana sokongan isteri yang tidak putus-putus menyokongnya. Anggota kumpulan Senario itu memberitahu dia juga berasa malu meminta bantuan orang lain bagi menyelamatkan kediaman itu tetapi menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri. “Sampai hari ini saya tak boleh lupa. Saya terduduk masa rumah kena lelong. Tak mudah melepaskan rumah itu tapi kejadian itu buat semangat saya naik kembali untuk teruskan ...